Archive | Education RSS feed for this section

Bohong (Hamka, 1975)

6 Oct

Bagi bangsaku yang telah merdeka, amat pentinglah rasanya soal ini dikemukakan. Meskipun jumlah yang pandai menulis dan membacha masih amat sedikit, dan BOHONG itu bersarang di dalam kegelapan buta huruf, tidak juga kurang harapan bagi mengaji soal ini dan melukiskannya, moga-moga orang-orang yang pandai membacha,menuntutkannya ke dalam masharakat bangsanya yang tengah dididik.

Buku lama.Ya, entri kali ini berkenaan buku lama yang hampir reput. Tahun 1975,terbitan Pustaka Melayu Baru. Aku suka buku lama-lama. Susah hendak dijumpai. Bahasa melayu lama pun susah difahami.Buku ini terbahagi kepada 9 bab:

  1. Bohong
  2. Terus-terang
  3. Agama terhadap bohong
  4. Bohong yang diizinkan
  5. Bohong dalam ilmu jiwa (lebih kepada pembohongan kanak-kanak)
  6. Pendapat Aristoteles (ejaan Aristotle zaman dulu.. >.< )
  7. Pendapat J. J. Rosseaue ( ahli falsafat Perancis)

Pengantar kata

“buku ini kami terbitkan dengan niat supaya sidang pembaca pandai mempergunakan bohong dan melenyapkannya untuk perbaikan pribadi dan akhlak umat dalam negara yang merdeka, yang mengkehendaki terus-menerus dan nyata”.

Zaman sekarang, siapa yang tidak pernah berbohong?? Para menteri, petani, penyanyi semuanya berbohong. Cikgu pun banyak berbohong. Tapi berbohong untuk kebaikan pelajar.Bolehkah? Dari pandangan sisi Islam, apabila berkata ianya berdusta, itulah dia orang munafiq.Di sini, mari mengerti apa itu bohong sebenarnya hasil garapan pemikir pemimpin islam terkenal Indonesia, Hamka dan beberapa ahli falsafat islam yang lain.

Mereka telah memberi definisi,perhitungan tentang yang bernama benar atas tiga perkara.

  1. Yang benar ialah yang bersesuai dengan kejadian, walaupun berlawan dengan kepercayaan dan keyakinan. Inilah yang diyakini kaedah yang paling tepat tentang benar itu.
  2. Yang benar ialah yang bersesuai dengan kejadian dan kepercayaan. (pendapat Aljahizh)
  3. Yang benar ialah yang bersesuai dengan kepercayaan sendiri, walaupun berlawan dengan kejadian.

Bohong diam dan bohong samar

:: Adapun sikap benar adalah suatu budi utama yang bersifata positif (membangun). Sebab menjelaskan suatu yang benar tidaklah cukup kalau hanya dengan tidak berdusta. Mungkin juga kita tidak membuat sesuatu yang dusta itu secara terang tetapi dengan belum tentu benar.

:: Dusta yang merupai benar. Kini, banyak sangat bohong dicakapkan dengan selaput kebenaran. Sebagai contoh pelanggan bertanya kepada penjual “banyak dapat untung harini??”. Penjual itu hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Di sini, senyum itu pun dikira sebagai satu kebohongan , kerana dapat menimbulkan sangka pada yang bertanya,bahwa memang penjual itu mendapat keuntungan.

Aku pula. Kalau pelajar 1F tanya ” best tak cikgu ajar kelas ni?” Aku hanya mampu senyum. Buat macam tidak dengar apa-apa.